Bagi mereka yang mengikuti laman sosial Lana Nordin, pastinya sudah sedia maklum dengan sikap pelakon tersebut yang dilihat sangat lantang bersuara jika dikritik oleh pengikut laman sosialnya bukan?
Artikel Berkaitan :
Justeru itu, sewaktu bertemu dengan Lana di majlis anugerah baru-baru ini, pelakon tersebut akui dirinya seorang yang laser dan tidak gemar membaca komen-komen peminat yang mengkritik dirinya dengan kata-kata negatif.
Sebenarnya saya tak kisah kalau orang nak komen dalam akaun instagram, cuma saya tak boleh terima kalau orang itu kurang ajar. Instagram memang laman sosial, tapi kalau tak tahu macam mana nak bersosial dan nak menggunakan laman tersebut, baik tak payah guna.
Senang je, kalau rasa berdosa tengok instagram saya, tak payah tengok. Tutup mata. Tapi bila dah tengok, diam. Tak payah nak komen yang pelik-pelik.
Lana Nordin mengaku bersikap laser dengan peminat
Mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut, Lana menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menganggap dirinya adalah seorang artis yang kuat melenting dan dikatakan tidak dapat menerima teguran daripada peminat.
Nak tegur boleh, tapi bukanlah sampai mengaibkan. Sedangkan ibu bapa saya kalau nak tegur pun, mereka tak akan tegur saya depan adik beradik yang lain. Mereka akan panggil saya senyap-senyap dan bercakap secara personally.
Kalau tengok dalam instagram saya ramai yang komen dan cakap perkara-perkara lucah. Saya tahu, perkara macam itu datang dari budak-budak, tapi kalau saya diamkan, perkara ini akan jadi berlarutan. Kalau boleh, saya tak nak orang datang dekat instagram saya semata-mata untuk bercakap benda lucah.
Dalam pada itu, pelakon filem Pontianak vs Orang Minyak ini turut menyatakan bahawa, sebagai seorang selebriti, dirinya juga seorang insan biasa yang mempunyai hati dan perasaan.
Beralih kepada perkembangan kerjaya, Lana baru sahaja selesai menjalani penggambaran telemovie berjudul Lara Cinta Kasih yang bakal digandingkan dengan aktor terkenal, Hairul Azreen.