Ramai yang terkejut dan seakan tak percaya apabila akhbar tempatan pagi tadi melaporkan Izreen Azminda telah diceraikan oleh suaminya di lokasi penggambaran Kerana Terpaksa Aku Relakan.
Ekoran daripada itu, ramai peminat melahirkan rasa tidak puas hati dan menganggap tindakan suami Izreen, Riza Baharudin sebagai tidak berhati perut.
Artikel berkaitan:
Bagaimanapun, sebentar tadi Riza menjelaskan dia baru memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur dan belum melafazkan talak kepada Izreen seperti yang dihebahkan.
Kami belum lagi bercerai dan saya belum melafazkan talak kepada dia (Izreen). Kami baru sahaja failkan perceraian pada Rabu minggu lalu dan masih menunggu tarikh (perbicaraan) lagi.
Saya akui rumahtangga kami bermasalah dan kami sudah tidak tinggal sebumbung sejak sebulan yang lalu, namun kami belum bercerai secara sah lagi.
Riza turut memberitahu tujuannya bertemu Izreen di Pulau Pinang tempoh hari adalah untuk menemukan anak mereka, Adrian Umar dengan Izreen bagi melepaskan rindu.
Foto Izreen dan anaknya sewaktu di Pulau Pinang tempoh hari
Saya jumpa dia kerana ingin temukan Adrian kerana sudah lama tidak bertemu dan kesempatan itu juga saya ambil untuk berbincang tentang perceraian kami.
Saya kesal apabila pertemuan tersebut disalah tafsir oleh pihak tertentu yang tidak bertanya dahulu kepada kami perkara sebenar.
Dalam pada itu, Riza memberitahu akan melepaskan Izreen secara baik seperti mana dia memperisterikan pelakon wanita itu suatu ketika dulu.
Berita itu sangat teruk sehingga menggambarkan saya sebagai seorang lelaki yang tidak waras kerana dengan melafazkan cerai di tempat yang tidak sepatutnya.
Saya ambil dia sebagai isteri dengan cara baik dan saya akan lepaskan dia juga dengan cara baik bukan seperti yang ditulis itu. Laporan itu tidak benar sama sekali.
Sumber: mStar Online