Baru-baru ini gambar Hanez Suraya bersama seorang lelaki di Pulau Tioman telah tersebar dan mendapat perhatian umum.
Disebabkan foto itu, ramai yang mula berspekulasi dan menyangka Hanez sudah menemui pengganti Awi Rafael dalam masa yang agak singkat.
Bagaimanapun, portal Kosmo hari ini melaporkan lelaki di dalam gambar tersebut adalah kenalan barunya dan hubungan mereka masih di peringkat mengenali hati budi.
Dia kawan saya dan saya enggan mendedahkan lebih lanjut identitinya. Dia bukan orang dalam industri dan kami berkenalan melalui kawan. Bukan mahu berahsia tapi akibat keterbukaan saya sebelum ini telah memakan diri sendiri, jadi saya memilih untuk tidak berkongsi atau memperbesar-besarkan perkara ini. Cukup orang tahu kami sedang mengenali hati budi masing-masing.
Dalam masa sama, ada juga yang mempersoalkan tindakan Hanez dan lelaki itu bergambar dengan cukup mesra sambil berpeluk.
Gambar itu dirakamkan secara kandid (tanpa sedar), saya tidak boleh tutup mulut orang untuk membuat spekulasi bukan-bukan. Apa yang boleh saya cakap, saya kenal dan tahu dia bagaimana.
Untuk pengetahuan anda, Hanez bukanlah bercuti bersama ‘kekasih’ barunya itu, sebaliknya pelakon ini menjalani penggambaran untuk sebuah program siaran RTM.
Namun pada hari terakhir penggambaran, lelaki berkenaan telah datang dan membuat kejutan kepada Hanez. Romantik tak?
Bagaimanapun, di sini OHBULAN! sertakan beberapa keping foto Hanez sepanjang berada di Pulau Tioman untuk tatapan anda.