Macam-macam perkara mengejutkan terjadi di dalam industri hiburan tempatan kebelakangan ini. Terbaru ialah berita kemalangan melibatkan Nabila Huda atau Abil dengan anaknya, Keisha berserta pemandu kenderaan terbabit yang juga seorang pelakon, Syazwan Zulkifly.
Akibat daripada kemalangan itu, Keisha dipercayai tercampak keluar daripada kereta dan mengalami keretakan di tangan kirinya. Manakala Abil dan Syazwan dikatakan tidak mengalami kecederaan parah.
Artikel berkaitan:
Keadaan kereta yang terbalik selepas hilang kawalan
Namun apa yang menarik perhatian OHBULAN! adalah sebuah video menunjukkan gelagat mereka bertiga di dalam kereta yang dipercayai dirakam beberapa jam sebelum kemalangan.
Melalui video yang dikongsikan di akaun Keek milik Syazwan itu, Keisha kelihatan cukup aktif dan gembira sambil badannya mengikut rentak lagu yang terpasang di dalam radio.
Betullah orang kata, malang tak berbau. Tetapi syukurlah Keisha selamat dan kecederaannya tidak parah.
Mungkin kejadian ini dapat memberi pengajaran kepada semua orang tentang kepentingan memakai tali pinggang keselamatan di tempat duduk belakang supaya perkara lebih buruk tidak terjadi.
Apapun, kita doakan semoga Keisha cepat sembuh dan lekas pulih dari trauma. Sementara itu, jom lihat keletah Keisha yang comel di bawah ini.