Pada 28 Julai lalu, lebih 3000 peminat sanggup menunggu 22 jam di perkarangan Fahrenheit88, Kuala Lumpur bagi mendapatkan tiket kumpulan K-pop yang paling popular ini. Difahamkan, kesemua tiket yang berjumlah 12 000 telah habis dijual dalam masa sehari melalui laman online mahu pun cawangan wakil tiket jualan. Wah, satu petanda bahawa demam K-pop memang mengila di Malaysia ni!
Ramai yang kecewa, mengeluh apabila gagal mendapatkan tiket. Bagaimanapun, pihak penganjur membuat kejutan apabila mereka membuka jualan tiket BIGBANG yang bermula pada harga RM188, RM488, RM588 di laman Redtix dan Ticketcharge pada pukul 11 pagi, 6 Oktober 2012 (Sabtu).
Menurut pihak penganjur, jumlah jualan tiket ditambah bagi memberikan peluang kepada semua peminat BIGBANG menyaksikan konsert yang secara julungnya diadakan di Malaysia.
Konsert jelajah BIGBANG Alive Galaxy Tour 2012 di Malaysia akan berlangsung pada 27 Oktober 2012 bermula pukul 8 pm di Stadium Merdeka.