Kisah perceraian bekas Ratu Cantik Malaysia, Erra Fazira mendapat perhatian umum dari segenap lapisan masyarakat. Maklum sajalah, Erra merupakan nama besar dalam industri hiburan tanah air.
Terkini, bekas suaminya, Engku Emran telah memuatnaik foto anak mereka, Engku Aleesya bersama Erra ketika mereka menunaikan Umrah satu ketika dulu.
Foto tersebut telah mendapat pelbagai respon dari peminat yang menginginkan pasangan itu kembali bersama demi anak mereka.
Foto yang dimuat naik Engku Emran
Status foto tersebut yang menggelar Erra sebagai syurga kepada anak mereka betul-betul menyentuh hati peminat hingga ada yang meminta mereka rujuk semula.
Selain itu, ada juga peminat yang meminta mereka menunaikan umrah bersama-sama sekali lagi dan berdoa di Jabbal Rahmah untuk menyatukan mereka kembali.
Makin comel, Engku Aleesya mewarisi kecantikan ibunya
Apa-apa pun, jika apa yang didoakan peminat ini menjadi kenyataan, kami pasti Engku Aleesya lah yang paling gembira kerana tidak perlu lagi tinggal berasingan bersama ibu bapa tercinta.
Untuk pengetahuan anda, Erra dan Engku Emran disahkan bercerai beberapa minggu lalu dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Sementara itu, hak penjagaan anak mereka diberikan kepada Engku Emran dan Erra diberikan hak lawatan dan bermalam selain cuti sekolah dan hari perayaan.