Si hitam manis yang bertubuh molek ini sering menampilkan imej yang mempersonakan peminat-peminatnya.
Mempunyai kekayaan yang dianggarkan melebihi 12 million dan mempunyai platinium hasil jualan album-album di seluruh dunia bukanlah faktor untuk Leona Lewis menonjolkan sifat kemewahan dalam kehidupan seharian.
Penyanyi berumur 27 tahun ini menjalankan rutin hariannya dengan cara berdikari sendiri walaupun beliau mempunyai pekerja-pekerja yang ditugaskan terhadap tugas-tugas sedemikian.
Ini membuktikan Leona Lewis seorang yang tidak mementingkan status dan simbol kemewahan apabila baru-baru ini beliau dilihat berpakaian ringkas di satu stesen minyak di Los Angeles, California.
Leona Lewis yang popular dengan lagu ‘bleeding love’ itu tampil dengan gaya bersahaja dimana beliau memakai seluar hitam, sehelai ‘cardigan’ berjalur longgar dan sepatu bercorak kulit harimau bersertakan topi mengkuang berperincian busur comel.
Dengan rambutnya yang panjang berjurai di sekitar bahu dan mekap yang tipis jelas terpancar fesyen yang diperagakan amat sesuai dengan diri beliau walupun ringkas.