Nampaknya, selepas berjaya mengekalkan kedudukan sebagai Ketua Pemuda UMNO baru-baru ini, Yang Berhormat Khairy Jamalludin sekali lagi telah dicabar, namun kali ini oleh Aaron Aziz pula.
Jangan pula anda terkejut ya kerana kali ini beliau bukan dicabar dalam politik, tetapi melalui kategori Wired Celebrity Award yang dipertandingkan di Shout! Awards 2013.
Menerusi akaun Twitter rasmi Menteri Belia dan Sukan ini tadi, beliau telah memuat naik status yang kami kira agak menggelikan hati.
Bukan hanya Aaron Aziz, turut tercalon dalam kategori yang sama termasuklah Adibah Noor, Yuna, Sofia Jane serta Sharifah Amani, Sharifah Aleya dan ibu mereka, Fatimah Abu Bakar.
Bagi yang tidak tahu, Wired Celebrity Award adalah anugerah khas yang diletakkan dibawah kategori Media Sosial. Ia mula diperkenalkan pada edisi lepas dan Yuna adalah selebriti pertama yang berjaya menggondol anugerah ini.
Apa pun, bagi anda yang ingin mengundi dan melihat lebih info mengenai Shout! Awards 2013, boleh layari laman rasmi disini. Anugerah ini bakal diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada hari Sabtu, 9 November depan.