Sejak dua menjak ni, tiba-tiba nama Nora Danish menjadi panas. Mana taknya, belum reda kisah dia ditegur oleh Diana Danielle, kini timbul pula satu lagi isu. Kali ini, melibatkan bekas suaminya dan Fasha Sandha.
Rasanya, pasti semua dah baca mengenai penjelasan Farid Kamil mengenai tindakan isterinya dan juga penerangan Jejai bagi mempertahankan Fasha kan?
Artikel Berkaitan:
Isu Diana Cemburu : Farid Kamil Maafkan Isteri & Anggap Kontroversi Sebagai Promosi
Jejai Pertahan Fasha Sandha, Minta Peminat Jangan Sebarkan Fitnah Lagi
Kali ini, jom dengar penjelasan tuan punya badan pula mengenai kontroversi yang tak sudah-sudah melanda wanita jelita ini.
Nora ketika ditemui di majlis perlancaran Nora Danish FashionValet, bagaimanapun enggan mengulas mengenai tindakan Diana Danielle yang menegurnya melalui laman Instagram.
Kata Nora, dia bimbang jika sebarang kenyataannya akan bercanggah dan boleh memburukkan keadaan. Iyalah, zaman sekarang ni macam-macam orang boleh manipulasi kan?
Nora tak nak komen sebab takut perkara ini bercanggah, takut ia jadi teruk. Kalau berkenaan Farid minta maaf tu Nora tak tahu pun. Saya tak nak memburuk-burukkan sesiapa pun.
Bagi Nora, anggap benda ni semua pengajaran, lepas ini Nora akan lebih berhati-hati, kalau shoot dengan suami orang, Nora akan pastikan MIG keluarkan borang ke, supaya tak akan ada masalah apa-apa.
Korang mesti dah tak sabar nak dapatkan penjelasan Nora mengenai isu Fasha Sandha pula kan? Kata ibu kepada Putra Rayqal ini, dia sama sekali tidak mempunyai apa-apa masalah dengan Fasha.
Nora menjelaskan dia tidak terjejas dengan segala tohmahan kerana menganggap mereka yang melakukan fitnah tersebut tidak tahu apa-apa pun perjalanan hidupnya.
Saya tak ada masalah pun dengan sesiapa dalam dunia ni, Nora dan Fasha baik je, InsyaAllah. Nora tak kesal mengenai perkara ni kerana ada diantara mereka tak tahu apa sebenarnya.
Mereka tak ikutpun perjalanan hidup kami, jadi untuk diorang membuat cerita, saya tak perlu layan. Hanya kita dan orang terdekat je yang tahu. Kalau saya nak layan orang cakap pasal saya lagi teruk, jadi jangan layan.
Itulah jawapan ikhlas dari Nora, apapun, buat peminat setia Nora, jangan ketinggalan untuk mendapatkan baju raya di FashionValet ya, diilhamkan oleh Nora sendiri. Wah! bolehlah melaram di Aidilfitri nanti!