Untuk anda yang tidak tahu, Jennifer Aniston pernah dikaitkan dengan gosip-gosip oleh media barat. Namun itu semua tidak menjadi masalah bagi selebriti berusia 41 tahun ini.
Sebuah syarikat air, Glaceau, telah menjadikan gosip-gosip ini sebagai satu dari idea kreatif mereka untuk menghasilkan sebuah iklan yang kami kira sangat menarik dan membuatkan kami sendiri hairan pada mulanya.
Video berdurasi 2.36 minit pada mulanya menunjukkan Aniston tersalah memanggil nama pembantunya dan kemudian mengundur keretanya sehingga terbabas. Apa yang menarik sekali ialah, ketika dia sedang berada di kawasan kolam renangnya, kelihatan 2 orang lelaki sedang memenuhkan kolam dengan air “Smartwater” oleh Glaceau.
Tidak mahu bercerita panjang, anda lihat sendiri video parodi ala-ala ‘leaked tape’ ini sekarang ya! Apa pun, ia memang sebuah idea yang kreatif untuk sebuah iklan. Awesome!