Sekitar penghujung Ogos tahun lepas, Lisa Surihani didedahkan pernah mengalami keguguran anak sulung berdasarkan kepada laporan akhbar Kosmo.
Bagaimanapun berita tersebut tetap kekal menjadi spekulasi memandangkan tiada langsung komen lanjut daripada Lisa sendiri.
Lisa Mengandung Lagi Sekali?
Namun menerusi akhbar Metro Ahad semalam, timbul satu lagi khabar angin mendakwa pelakon Suamiku Encik Perfect 10 dipercayai sedang hamil.
Khabarnya, Lisa Surihani mengandung tetapi masih lagi di peringkat awal. – Cik Pang
Dari apa yang ditulis, Lisa sudah cuba dihubungi tapi isteri kepada Yusry itu dikatakan enggan memberi pengesahan ataupun komen mengenai isu ini.
Teori Sorok Kehamilan
Tak sangka khabar angin tentang Lisa mengandung juga boleh timbul pelbagai teori. Ada yang macam logik. Tapi siapalah kita untuk membuat kesimpulan kalau tuan punya badan tak cakap apa-apa kan?
Menurut cerita, Lisa memang tidak mahu isu dia mengandung menjadi kecoh lebih-lebih lagi apabila kandungannya masih lagi diperingkat awal.
Timbul juga teori mengatakan Lisa tidak boleh memberitahu secara terbuka kerana sudah menandatangani kontrak bersama Astro dan pengumuman mengenainya akan dibuat secara eksklusif di stesen televisyen berbayar itu.
Kalau berita ini betul, izinkan kami mengucapkan tahniah terlebih dahulu. Tapi kalau kurang tepat, kami doakan agar Yusry dan Lisa akan menerima rezeki zuriat suatu hari nanti, InsyaAllah.