Sejak kebelakangan ini, semakin hebat pula laman sosial selebriti terutamanya Instagram dibanjiri dengan iklan dan promosi percuma dari peniaga-peniaga online yang cuba meraih pelanggan menerusi cara mudah.
Mungkin bagi sesetengah orang, ianya dianggap sebagai strategi pemasaran yang terbaik, namun hakikatnya tindakan tersebut dilihat seperti tidak beradab dan tidak menghormati pemilik akaun.
Bukan tidak ada artis yang melenting dengan perkara ini, malah kalau nak diikutkan ramai pelakon dan penyanyi tempatan melahirkan rasa kurang senang terhadap pihak tertentu namun seperti biasa, ianya masih berlarutan.
Jika sebelum ini Amy Search jarang mengambil pusing dengan sesetengah isu, kini lagenda rock itu tampil menegur golongan peniaga yang sering mengambil pendekatan sebegitu untuk melariskan jualan mereka.
Menerusi Instagram, Amy seolah-olah meminta orang ramai menghormati ruangannya sambil berkongsi foto individu lain yang turut tidak berpuas hati.
Bagaimanapun, terdapat segelintir pihak yang mempertikaikan tindakan Amy dengan mendakwa rezeki seseorang akan sempit sekiranya dia menyempitkan rezeki orang lain. Malah, individu berkenaan turut menyentuh kisah penutupan restoran Cheng Ho milik Amy pada tahun 2012.
Biarpun Amy tidak mengendahkan komen berkenaan, namun pengguna laman sosial yang bersetuju dengan tindakan penyanyi itu telah membidas pendapat individu tersebut.
Tak semena-mena laman Instagram milik Amy dijadikan medan perdebatan untuk menyampaikan apa yang betul dan tidak betul pada pandangan netizen. Namun entah mengapa OHBULAN! rasakan isu #VisitMyIG ini tidak akan berhenti dalam masa terdekat.
Apa pula kata anda?
Apapun buat semua pembaca setia kami, jom lihat beberapa keping foto terbaru Amy Search di bawah ini.
Kredit foto : Instagram Amy Search