Sejak kebelakangan ini, nama Neelofa makin melonjak naik dengan kejayaannya. Namun, tak kurang juga ramai yang mengecam apa sahaja dilakukan. Semalam, sekali lagi fesyen turban Neelofa dikritik hebat netizen.
Neelofa yang mengayakan fesyen itu ketika di satu majlis fesyen menjadi perhatian ramai. Ada yang menyamakan turban yang digayakan itu seperti tuala mandi. Kalau dilihat dari foto dikongsikan itu, mungkin ada logik dakwaan netizen.
Gaya baru
Menerusi foto yang dikongsi di laman Instagram, ramai netizen mengkritik gaya turban yang dipakainya. Rata-ratanya berpendapat ianya tidak sesuai dengan imej Neelofa dan kelihatan seperti tuala mandi. Tak kurang juga yang mendakwa turban Neelofa seperti bunjut hantu pocong. Macam macam lah korang ini. Mungkin ini fesyen unik yang Neelofa mahu tunjukkan.
Kalau korang nak tahu, fesyen turban ini pernah digayakan oleh seorang model terkenal ketika fashiow show.
Inspirasi
Ramai kecam
Sumber : Rotikaya