Menerusi laman Instagram milik pelakon terkenal Izreen Azmida, aktres ini telah memuat naik beberapa foto yang menunjukkan perutnya semakin membesar dan kandungan pertamanya ini telah memasuki hampir 4 bulan.
Menurut Izreen, sejak kandungannya semakin membesar kakinya juga menjadi bertambah sakit.
Makin besar anak mama ni..kaki mama pun makin sakit…”
Untuk perkembangan terbaru, Izreen kini muncul dengan dua drama terbarunya, iaitu ‘Cinta Qaseh’ yang sudah mula ditayangkan di TV3 pada setiap hari Selasa jam 9 malam dan ‘Sehangat Asmara’ di saluran Astro Mustika HD (134), setiap hari Isnin hingga Rabu, pada jam 10 malam.
Izreen dan suaminya Muhamad Riza Baharuddin telah bernikah pada 30 Ogos 2012 dan majlis resepsi pasangan ini telah berlangsung pada hari berikutnay di Alor Star, Kedah.
Jom layan beberapa foto Izreen Azminda selepas ini.
Kredit Foto : Instagram Izreen Azminda