Mon Jasmin Noir merupakan haruman terbaru daripada rangkaian produk BVLGARI. Haruman segar, nyaman dan direka untuk musim bunga ini diilhamkan daripada keajaiban ala Taman Boboli, Florence, Itali. Haruman ini turut dibangkitkan dengan intipati lata haruman bunga melati semulajadi, serta kesegaran air pancut yang mengalir.
Beberapa eleman seperti Pink Pomelo, Almond Hijau, Grandiflorum Jasmine, Delightful Woods serta Kasturi putih dikatakan mampu membangkitkan aura seksi si pemakai. Disamping itu, kehadiran eleman grandiflorum Jasmine yang bergabung dengan Sambac Jasmine Teh bunga turut membangkitkan kehangatan dan keintiman sensual seorang wanita. Untuk wangian Mon Jasmin Noir, L’Eau Exquise, pengasasnya ingin mengetengahkan ekspresi berupa kesegaran, kemewahan, serta menonjolkan eleman Eau de Jasmin dengan label Mon Jasmin Noir.
Botol haruman L’Eau Exquise direka dengan hiasan eksklusif yang terdiri daripada renda, serta evoking tekstur halus permata. Padanan reben organza yang terang mampu membangkitkan aura elegan dan feminin, manakala warna hijau lembut sebagai warna asas haruman mencerminkan kelembutan dan kesegaran sifat sebenar wanita.
Haruman terbaru ini sudah mula dipasarkan pada bulan Julai 2012 yang lalu dan ia didatangkan dengan dua saiz iaitu 50ml serta 75ml.