Berita sedih! Justin Bieber mendapat khabaran sedih apabila Avalanna Routh atau dikenali sebagai Mrs. Bieber telahpun meninggal dunia.
Perkenalan bermula ketika Justin Bieber bertemu Avalanna dan bermain permainan papan, gula-gula dan sebagainya yang menyebabkan sedikit sebanyak sikap Avalanna telahpun mencuri hati Justin Bieber.
Dalam kenyataan Justin bieber di laman Twitternya, Mrs. Bieber merupakan semangat besar kepadanya dan mengatakan bahawa beliau telah kehilangan semangat terbesar yang pernah beliau kenali.
Justin Bieber dan Avalanna saling berkenalan pada awal tarikh hari kekasih ataupun Valentines Day pada bulan Februari.
Pada laman twitternya, Justin Bieber melaraskan sekeping gambar bersama Avalanna dan meminta para peminatnya untuk mendoakan keluarga dan juga Avalanna.
Antara yang diperkatakan oleh Justin Bieber adalah “Please pray for her family and for her. RIP Avalanna. I love you”.