Sebentar tadi, menerusi laman Twitter Klubbkidd, pelakon popular iaitu Nabila Huda dikatakan telah mengalami kemalangan di lebuhraya Karak.
Tidak dapat dipastikan samada dia mengalami kecederaan teruk atau pun tidak, namun menerusi status tweet yang sama, Klubbkidd memberitahu bahawa Nabila yang bersama anaknya, Keisha, selamat.
“Sumber dari Kuantan,
@abilsuhaimi terlibat kemalangan dengan 4WD di Karak. Syukur dia dan anaknya Keisha selamat.” – Klubbkidd
Tweet yang ditulis oleh Joe Lee
Kemungkinan besar Nabila sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur ketika kemalangan berlaku. Berita ini dikuatkan lagi dengan status Nabila Huda pada 5 jam lepas apabila pelakon itu menulis, “Goodbye Kuantan”.
OHBULAN! cuba menghubungi Nabila sebentar tadi, namun panggilan telefon yang diberikan tidak dijawab. Apa pun, masih belum ada laporan rasmi dari pelakon ini. Semoga Nabila dan anaknya sihat sejahtera.
Update Terbaru :
Nabila Huda difahamkan menaiki kenderaan pacuan empat roda bersama anaknya dan seorang lagi pemandu. Ketika kemalangan berlaku, kenderaan tersebut telah terbalik dan menurut sumber-sumber terdekat, Keisha dikatakan telah tercampak keluar dari kenderaan tersebut.
Menerusi perbualan Klubbkidd bersama ayah Keisha yang juga bekas suami Nabila Huda di laman Twitter, Keisha dipercayai telah mengalami kecederaan yang agak serius iaitu patah tangan.
Jika benar, semoga Keisha cepat pulih ya.