berita

‘Nampak Dia Keluarkan Anu Sambil…’ – Anak Jiran Buat Kerja Terkutuk Kantoi Kerana Video Call

June 9th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Perlakuan seks ke atas kanak-kanak kerap kali dilaporkan namun bagai tiada jalan penyelesaiannya. Ramai mangsa kekal mendiamkan diri kerana tidak tahu atau sedar mengenai tindakan keji ke atas mereka itu. Faktor usia yang masih mentah membuatkan kes ini semakin kerap berlaku.

Seorang individu bercerita kepada Fynn Jamal, mengenai nasib yang menimpa anak saudaranya berdepan dengan detik hitam dalam hidup sebagai kanak-kanak.

Terjadi pada anak buah umur 7 tahun

Dalam direct message (DM) dihantar kepada Fynn itu, individu berkenaan bercerita mengenai apa yang berlaku kepada anak saudaranya yang berusia 7 tahun.

Anak jirannya dilihat membuat gangguan seksual kepada anak itu dan segalanya terkantoi apabila anak berkenaan rupanya sedang membuat panggilan video bersama ibunya di Kuala Lumpur.

Tak tahu tengah video call

Si pelaku dilihat mengeluarkan kemaluannya di hadapan mangsa. Apabila sudah terkantoi mengenai perbuatan terkutuknya itu, pelaku melarikan diri ke rumahnya. Nenek mangsa kemudian ke rumah pelaku untuk bertanya hal sebenar namun dinafikannya.

‘Hati kami bagai dicarik-carik’

Pernah suruh buat seks oral

Tambah parah, rupanya si pelaku pernah menyuruh mangsa melakukan seks oral sebelum ini. Keterangan polis sudah diambil dan pelaku diikat jamin RM10 ribu dan perbicaraan akan disambung selepas Hari Raya nanti.

Sumber: Fynn Jamal

SKIP THIS AD ×