Mungkin bahang pilihanraya sudah mula terasa agaknya. Bukan setakat isu Abby Abadi yang sibuk dibualkan baru-baru ini, lagi terbaru, Ning Baizura telah ‘mengamuk’ di Twitter apabila dia mengatakan bahawa sebuah parti politik, PAS, telah memfitnahnya.
Ning Baizura dalam akaun Twitternya mendakwa bahawa PAS telah menyebarkan khabar yang dia telah menyertai parti pembangkang itu. Selain itu, Ning Baizura turut menyatakan bahawa pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan gambar dia bertudung, padahal gambar tersebut adalah gambar untuk drama tahun lepas yang disimpan didalam koleksinya.
Ning Baizura dalam akaun Twitternya turut menyuarakan kekecewaannya terhadap perkara yang berlaku.
Berbalik pada punca asal, Ning Baizura juga telah memuat-naik sekeping foto keratan akhbar ke akaun Twitternya. Dalam keratan tersebut ada menyebut bahawa Ning Baizura adalah antara salah seorang artis yang bakal menyertai PAS.
Jika dulu, jarang kita melihat artis-artis terlibat dalam dunia politik. Kini, semakin hari, semakin ramai yang mula berani tampil seperti Abby Abadi. Persoalannya, apakah ini semua ada maksud tersirat disebalik segalanya?