Masih ingat lagi nukilan khas seorag bekas wartawan bernama Fauziah Samad, yang memberi komen terhadap isu perceraian Abby Abadi dan bekas suaminya, Farhan?
Malah, tak melampau kiranya kami tafsirkan bekas wartawan tersebut secara tak langsung memberitahu kronologi kehidupan rumahtangga Abby dari awal hingga kini.
Artikel Berkaitan: Tak Payah Buka Lagi Pekung Rumahtangga Awak – Bekas Wartawan Tulis Nota Khas Buat Abby Abadi
Lebih mengejutkan, dia turut memberitahu bahawa Abby sebenarnya pernah berkahwin dan bercerai sebelum dia bernikah dengan aktor Norman Hakim.
Abby Abadi dikatakan pernah berkahwin tiga kali
Rasanya, ramai yang terkejut bila dengar berita tersebut kan? Maklumlah, ramai yang tidak tahu bahawa Norman merupakan suami kedua Abby setelah perkahwinan pertanyanya gagal.
Jadi, kesempatan bertemu Norman Hakim di majlis Ramadhan & Raya Media Preview anjuran Media Prima tak kami lepaskan untuk bertanya soal tersebut.
Menurut Norman, dia tidak mengetahui akan tuduhan dia merupakan suami kedua Abby ketika itu, dan dia langsung tak terkilan apabila bekas wartawan tersebut seolah-olah mengungkit perkara yang dah lepas.
Saya tak tahu, pada saya saya hanya alert ketika itu, sebelum itu saya tak tahu dan tak pernah ambil tahu, apabila dia buat begitu, saya pun anggap perkara dah lepas, tak jadi isu pada diri saya. Maksud saya itu hanya telahan, yang tahu hanya Allah dan individu tersebut.
Saya tak terkilan bila dia ungkit kerana itu pengalaman, pada saya ia membuatkan saya lebih kenal tentang kehidupan, mematangkan kita, mendekatkan, ini semua ujian-ujian dalam kehidupan duniawi. Ini semua dah biasa.
Tiada jodoh..Abby dan Farhan sah bercerai
Malah, Norman turut menasihatkan bahawa sebagai manusia, sesiapa pun tidak berhak untuk mengadili atau membuat tafsiran kerana manusia tidak sempurna. Ha, kelas jawapan Norman!
Bagaimanapun, Norman mengakui hubungannya dengan Abby masih baik dan menganggap bekas isterinya itu lebih matang menguruskan hal perceraiannya kali ini.
Dia turut memberitahu bahawa sepanjang dia mengenali Farhan, jejaka itu merupakan seorang yang sangat baik kerana boleh menerima bekas isteri dan anak-anaknya.
Saya nampak dia (Abby) lebih tenang nak berdepan dengan situasi penceraian. Anak-anak pun dah dewasa, mereka pun faham.
Dia lelaki yang baik kerana dia menerima bekas isteri saya dan anak-anak saya sekali cuma tak ada jodoh dah. nak buat mcm mana. Isu cakaran tu, kita tak tahu kesahihannya, baik kita doakan yang terbaik dari buat spekulasi. Tak perlu jadi juri awam, pendekatan saya macam tu.