Kalau anda perasan, semalam telah tersebar sebuah video menunjukkan beberapa orang rakyat Malaysia yang menyertai gerakan jihad di Syria.
Video tersebut mendapat perhatian ramai pihak memandangkan ada yang berpendapat tindakan sebahagian anak-anak Malaysia yang dipercayai berasal daripada Kelantan itu sebagai sesuatu yang berani dan agak ekstrem.
Apapun, hari ini portal The Star telah mendedahkan bekas pemain drum kumpulan Ukays iaitu Ali merupakan salah seorang pejuang jihad yang terlibat.
Perkara itu disahkan oleh The Star sendiri selepas siasatan dibuat dengan memerhatikan beberapa perkongsian oleh salah seorang pejuang jihad yang juga bekas Dewan Ulama PAS iaitu Ustaz Lotfi Ariffin di sosial media.
Antara gambar yang tersebar menyaksikan Ali dan Lotfi lengkap berpakaian seragam seperti pejuang jihad dan memegang senjata api.
Dari apa yang difahamkan, Ali dikatakan telah dipengaruhi oleh Lotfi untuk melibatkan diri dalam aktiviti jihad tersebut dan menyertai perjuangan di Syria.