Pada 10 Ogos 2012 yang lalu, pihak Procter & Gamble Malaysia (P&G) telah melancarkan Pencarian Hos Pantene Anugerah Skrin Musim Ke-2. Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif P&G Malaysia dan Singapura, Cik Ellie Xie serta Ketua Pegawai Pemasaran, Television Network dan Media, Media Prima Bhd, Cik Shareen Ooi.
Pertandigan pencarian hos ini diadakan untuk mencungkil bakat yang tersembunyi di seluruh Malaysia untuk merebut peluang keemasan menjadi hos bersama Anugerah Skrin Kebangsaan 2012 Red Carpet pada bulan November akan datang.
Menurut Cik Ellie Xie, “Orang yang berbakat memang banyak di Malaysia dan kami ingin merealisasikan impian hos TV yang berwawasan. Kami mencari keyakinan dan dengan inilah, jenama seperti Pantene, Olay, Oral-B, Gillette dan Head & Shoulder bersama-sama membantu mereka mengorak langakh ke hadapan. Kerjasama bersama acara berprestij seperti Anugerah Skrin Kebangsaan pasti akan menjadi batu loncatan untuk sesiapa yang serius dalam industri ini.”
Pada kali ini pencarian hos Pantene menjadi lebih menarik dengan adanya penyertaan daripada golongan lelaki. Secara tidak langsung, ia menjadikan pertandingan ini lebih mencabar.
Menerusi pertandingan ini, selain berpeluang menjadi hos, peserta yang bergelar juara turut memenangi hadiah lain berupa makeover, dua pas ke Parti Post-ASK, piala, hamper barangan P&G serta sepasang jam tangan Titon yang setiap satunya bernilai RM 2,631.
Bagi individu yang berbakat dalam dunia pengacaraan, anda boleh menyertai pertandingan ini yang akan berlangsung pada 24 Ogos hingga 30 September 2012. Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pertandingan ini, anda boleh layari www.tv3.com.my/ask2012.