Jika scroll feed Instagram, boleh dikatakan majoriti artis sekarang dilihat mempromosikan produk mereka masing-masing. Bukan drama, filem atau lagu, tapi produk yang dikeluarkan mereka sendiri, antaranya tudung, pakaian dan ada juga makanan tambahan.
Seorang aktres popular mendapat perhatian netizen apabila mempromosikan produk kesihatan yang didakwa bukan sahaja sesuai untuk dewasa malahan bayi!
Seawal umur bayi hingga 12 ke atas
Pelakon berkenaan turut menyediakan cadangan pengambilan produk makanan tambahan tersebut mengikut umur. Bagi bayi dicadangkan setengah tablet dihancurkan dan dicampurkan di dalam susu. Manakala bagi bayi bawah 2 tahun 1/2 tablet, 2-6 tahun (1 tablet), 6-12 (2 tablet) dan 12 tahun ke atas (maksimum 4 tablet).
Jangan buat begini sebab duit
Perkara itu mengundang kemarahan netizen yang mempersoalkan tindakan pelakon popular berkenaan yang sanggup berbuat demikian demi wang. Tablet diberikan kepada bayi dikatakan dapat menyembuhkan eczema bagi bayi dan mengurangkan tanda penuaan bagi orang dewasa.
Buah pinggang bayi tak terbentuk sempurna lagi
Ada juga ibu-ibu berpendapat buah pinggang bayi masih tidak berkembang sepenuhnya untuk menerima makanan normal, apatah lagi untuk memproses makanan tambahan seperti dicadangkan aktres berkenaan.
Doktor pun kena discuss pakar…
Ini pula respon doktor pakar
Menurut Dr. Beni Rusani, pihaknya tidak mencadangkan apa-apa makanan tambahan untuk bayi dan kanak-kanak. Apa-apa keputusan untuk pengambilan produk sedemikian perlu dibuat dengan nasihat pakar kanak-kanak, menurutnya.
Sumber: Marina B