Tengah malam tadi dikhabarkan seorang anggota bomba disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ahmad Shah. Abu Zarin dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan selepas dipatuk ular tedung dalam satu operasi di Bentong.
Allahyarham Abu Zarin yang digelar “king” mengetuai Skuad King Cobra Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang. Malah, dia juga berperanan sebagai tenaga pengajar untuk melatih anggota pasukan menangkap haiwan berbisa.
Raja ular
Menurut sumber Berita Harian, jenazah Allahyarham dibawa ke Kampung Permatang Gading, Pasir Putih, Kelantan untuk dikebumikan selepas solat Jumaat pada hari ini.
Allahyarham sudah bertugas lebih 10 tahun sebagai anggota bomba dan pernah berkhidmat di Muadzam Shah, Pekan dan kini di Temerloh.
Pernah koma
https://www.youtube.com/watch?time_continue=4&v=pdVutf4W1KI
Sepanjang kerjayanya, arwah pernah beberapa kali dipatuk ular, malah pernah koma dua hari akibat dipatuk ular tedung pada tahun 2015. Sejak tahun lalu, Abu Zarin sudah menangkap 500 ekor ular manakala unit berkenaan keseluruhannya menangkap 3,000 ular sejak diwujudkan hujung tahun lalu.
Semoga urusan pengebumian Allahyarham Abu Zarin berjalan dengan lancar.
Credit: BH Online