Comel! Itu je yang kami nak cakap bila terbaca kenyataan Alyah mengenai sikap suaminya pada ulangtahun perkahwinan kedua mereka yang disambut semalam.
Maksudnya di sini, segala sangkaan buruk terhadap status rumahtangga Alyah kini berakhir dan ini membuktikan hubungan Alyah dan Datuk Ramli MS masih lagi baik.
Masih Lagi Isteri Orang
Saya masih lagi isteri orang iaitu Datuk Ramli MS. Tiada apa-apa perkara buruk yang berlaku. Semua perkara negatif yang timbul itu, tidak benar.
Saya jarang pakai cincin kahwin saya ketika waktu bekerja sebab saya ni seorang yang pelupa. Kadang-kadang bila waktu kerja saya perlu pakai aksesori yang sama dengan baju dan perlu tanggalkan cincin kahwin.
Cincin perkahwinan adalah sesuatu yang bernilai, jadi nanti kalau saya leka dengan kerja, saya takut cincin tu hilang.
Kalau saya pakai pun, hanya untuk majlis-majlis tertentu. Jadi, tidak timbul isu saya bukan lagi isteri dia.
Ramli MS Garang Tapi Romantik
Alhamdulillah, kehidupan saya kini okay. Saya menjalani rutin seperti biasa. Sekarang saya jadi lebih matang dan tahu bagaimana untuk melalui kehidupan.
Walaupun orang kenal dia sebagai seorang yang garang tetapi dia juga sebenar romantik cuma dia tak tunjuk depan kita.
Macam hari ini (semalam), dia nak masakkan saya nasi lemak sempena meraikan ulang tahun kami.
Semoga kebahagiaan pasangan suami isteri penuh kontroversi ini terus berkekalan dan dikurniakan anak yang comel-comel belaka.
Sumber : Malaysian Digest