Bagi edisi istimewa Hari Raya Aidiladha kali ini, Majalah Mingguan Wanita akan menampilkan dua ‘Mama Hot’ iaitu Rita Rudaini dan Anne Ngasri sebagai penghias muka depan majalah mereka.
Menerusi foto yang dipaparkan di halaman muka depan majalah tersebut, Rita Rudaini dan Anne Ngasri kelihatan sungguh manis dan sopan tatkala menggayakan baju kurung daripada rona kuning dan pink cerah.
Penampilan Anne bertambah ayu apabila si gadis menggayakan lilitan tudung yang sederhana ringkas dan ia turut menonjolkan lagi aura ayu buat aktres cantik ini.
Bagi edisi kali ini terdapat pelbagai topik yang akan dibincangkan, antaranya adalah Tips solekan untuk tampil lebih muda, 6 strategi karier untuk wanita, Benarkah berkorban itu tanda cinta? dan topik yang paling istimewa adalah ‘Korban Kasih Anne dan Rita.’
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai topik-topik yang akan dibincangkan, jangan ketinggalan untuk dapatkannya di pasaran mulai 26 Oktober ini.