Sebelum ini, beberapa laporan media ada mengatakan yang para peserta Running Man akan turun ke Malaysia dalam bulan September akan datang.
Disebabkan berita itu, ramai peminat Running Man di negara ini sudah mula berangan-angan untuk turut serta dalam rancangan itu di samping mahu bertemu peserta-peserta kegemaran mereka secara lebih dekat.
Namun petang semalam, ada laporan mengesahkan kunjungan mereka ke Malaysia pada 7 September ini bukanlah atas tujuan penggambaran, tetapi sebaliknya hanya sekadar sesi bertemu peminat.
Menurut @isabel0575 di laman Twitter, hanya empat orang peneraju utama Running Man iaitu Kim Jong Kook, HaHa, Gary dan Suk Jin yang dipercayai akan berada di Kenanga Wholesale Center pada hari berkenaan.
OHBULAN! juga difahamkan harga tiket untuk sesi bertemu peminat Running Man akan dijual bermula dari RM180 hingga RM600++ dan hanya 3,500 keping tiket sahaja yang akan dijual.
Namun setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan mengenai perkara itu dan laman Twitter untuk Running Man Malaysia meminta peminat supaya tidak terlampau teruja kerana kemungkinan ianya hanyalah khabar angin.
Mesti ada yang dah gatal tangan nak beli tiket kan? Sabar, kita tunggu dulu pengumuman rasmi dari pihak penganjur mengenai tarikh sebenar, lokasi dan cara untuk mendapatkan tiket, okay?