Bermula 12 September 2012 ini, pihak KL Live dengan bangganya mempersembahkan sebuah rancangan komedi terbaru berjudul “Rush Hour Comedy.”
Menerusi pengenalan rancangan komedi terbaru ini, pasti warga kota akan terhibur dengan lawak yang dipersembahkan oleh pelawak-pelawak tempatan dan ia bakal menjanjikan malam Rabu yang sungguh indah buat anda semua.
Rancangan komedi ini, telah menampilakan barisan pelakon komedi tempatan seperti Alfred Loh, Papi Zak, Kavin Jay, Harith Iskander dan Jit Murad, Rizal van Geyzel serta Phoon Ho Chi, yang merupakan ahli Persatuan Pelawak Cina Malaysia yang sangat popular.
Kesemua pelawak ini bakal menghiburkan penonton mereka dengan lawak yang tidak kering gusi dan bersahaja. Rancangan komedi ini difahamkan akan berlangsung setiap hari Rabu, pada minggu ketiga setiap bulan.
Tayangan “Comedy Rush Hour” ini telah menetapkan sasaran penontonnya sendiri, iaitu mereka yang terdiri daripada golongan berstatus eksekutif. Ini kerana, golongan seperti ini sememangnya memerlukan hiburan berunsurkan komedi dan mampu mengurangkan tekanan kerja seharian mereka.