Penyanyi Zizi Kirana yang popular dengan lagu Nak Ke Tak Nak memang sinonim dengan imej seksi dan dia sering memuat naik foto-foto seksinya di media sosial. Dia pernah dikecam netizen kerana berpakaian terdedah sehingga menampakkan ‘aset’ tertentu.
Terbaru, Zizi Kirana memuat naik video ucapan sempena Ramadan dan kelihatan dirinya bertudung mendapat pujian dari netizen. Malah, ada segelintir yang mengecam menganggap penyanyi ini munafik.
Manis Zizi Kirana bertudung
https://www.instagram.com/p/Bi1zpvfBmJC/?taken-by=zizi_kirana
Saya bukan acah-acah warak
Bagaimanapun, penyanyi ini tidak cepat melatah dengan kecaman netizen. Malah, dia memohon agar semua mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan berhenti mengecam dan menggelar dirinya munafik.
Doa yang baik saja buat kita semua, berhenti-hentilah ‘membawang’. Senang cakap, saya bukan jenis acah-acah warak di depan tetapi di belakang mengumpat, mengata, menipu atau menzalimi orang secara senyap-senyap. Jadi apa yang perlu dilakukan ialah ubah persepsi dan sentiasa berlapang dada. Jauhi diskriminasi dalam menghukum.
Sumber: Media Hiburan