“Gosip yang diperkatakan itu benar, saya sedang bercinta dengan seseorang.”
Mungkin kerana sudah penat dengan pelbagai gosip dan khabar angin yang diterima, Maya Karin akhirnya mengakui dia sedang bercinta dengan seseorang kepada akhbar Kosmo! hari ini.
Bagaimana pun, pelakon jelita ini masih tetap merahsiakan identiti jejaka bertuah tersebut.
“Bukan saya tidak mahu berkongsi dengan peminat, tetapi buat masa ini saya tidak dapat memberitahu dengan siapa saya bercinta.”
Maya Karin pernah digosipkan bercinta dengan Remy Ishak
Menjawab pada gosip mengatakan dia seorang yang memilih pasangannya, Maya menjelaskan bahawa dia bukanlah seorang yang memilih dan mengakui dia juga mengidamkan lelaki yang mempunyai ciri-ciri idaman.
“Saya jenis tidak memilih tetapi saya mempunyai ciri-ciri lelaki idaman tersendiri seperti wanita yang lain.
“Namun ciri-ciri tersebut tidak mempunyai bangsa yang khusus serta saya juga tidak mengambil kira warganegara sesorang itu sebelum menjalinkan hubungan kerana saya seorang yang terbuka.”
Sehingga kini, masih belum ada foto Maya Karin bersama jejaka yang dikatakan. Tak diakui diakui, Maya Karin memang seorang yang pandai berahsia. Apa pun, semoga berbahagia buat Maya Karin.