Umum tahu bahawa nama Adi Putra kini sedang hangat diperkatakan berkenaan isu skandalnya dengan isteri seorang ahli perniagaan mula tersebar beberapa minggu lalu.
Berikutan itu, pelbagai spekulasi dan kontroversi melanda pelakon itu. Lebih-lebih lagi apabila suami kepada wanita berkenaan telah tampil membuat kenyataan di media mengatakan yang Adi menggoda isterinya.
Walaupun begitu, baik Adi mahupun isterinya, Aida Yusof masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana tidak mahu mengganggu siasatan polis.
Sekarang ini, polis masih menyiasat kes tersebut dan saya tidak akan memberikan sebarang penjelasan sehingga pihak polis selesai menjalankan siasatan.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Amal Golf Teduhan Kasih bersama anak-anak yatim dari Rumah Ar-Rayyan, Johor Bharu di Pulai Springs Resort, di sini semalam.
Dalam masa yang sama, Adi menafikan bahawa dirinya mengelak daripada ditemui dan dihubungi media sebaliknya lebih selesa berdiam diri kerana menghormati undang-undang.
Saya bukan mahu melarikan diri tetapi lebih selesa berdiam kerana tidak mahu ganggu kerja-kerja siasatan, bila sudah reda, saya bersedia untuk memberikan sebarang penjelasan lanjut.
Katanya, dia tidak akan sesekali membuka aib orang dan lebih baik berdiam daripada mengeluarkan sebarang kenyataan ketika ini.
Saya tidak akan buka aib sesiapa dan kalau saya bercakap itu bermaksud saya hukum orang.
Namun di sebalik ketenangannya, Adi akui tertekan dengan kontroversi yang melanda namun bersyukur kerana isteri dan keluarganya sentiasa ada memberikan sokongan.
Sementara itu, Aida berkata, mereka tidak akan mengganggu kerja-kerja siasatan dan akan memberikan kenyataan selepas semuanya selesai.
Kami sudah memberi kerjasama kepada pihak polis tetapi masih belum ada sebarang keputusan, apabila semuanya sudah selesai, kami akan menjelaskan secara terperinci.
Setakat ini belum ada kepastian mengenai siapa yang benar atau salah, namun sama-samalah kita menunggu kenyataan yang bakal keluar dari mulut Adi sendiri sebaik sahaja dia bersedia nanti.