Gaun seksi Nabila Huda menjadi carian tertinggi di OHBULAN semalam dengan rata-rata pembaca tak setuju dengan tindakan aktres ini yang berani mendedahkan sebahagian bahu dan perutnya di malam Anugerah Blokbuster, baru-baru ini.
Kritikan tersebut turut terkena tempiasnya kepada bapa, Amy Search, dimana beliau secara terbuka tidak bersetuju dengan penampilan anaknya dan menyifatkan akres itu sudah cukup cukup dewasa untuk menilai baju yang sesuai. (Sinar Harian).
“Seharusnya dia menjaga penampilan dan imejnya, jangan sampai memberi peluang dan ruang untuk orang mengata, menghentam atau jatuhkan dia.”
Hari ini, Nabila Huda mempertahankan dirinya melalui Harian Metro dengan kenyataan bahawa dia tak berbogel di malam Anugerah Blokbuster, namun dengan segera memohon maaf kepada pihak yang tersinggung.
“Saya bukan berbogel, tetapi jika ada pihak yang tersinggung cara pemakaian saya di Anugerah Blockbuster, Sabtu lalu, saya mohon maaf.”
Pelakon yang dikaitkan bercinta dengan Johan Aasari ini menjelaskan bahawa dia memilih gaun seksi itu kerana tiada pakaian yang sesuai untuknya daripada segi saiz.
Pada masa yang sama, Nabila Huda tak menyangka soal pakaian itu akan menjadi satu isu besar kerana ramai peminat sudah sedia maklum dengan sifat berani mencubanya.
Bagaimanapun, dia memohon maaf dan berjanji akan memperbaiki penampilannya pada masa akan datang.