Sejak Aril Pilus dan isterinya, Puteri Erma Edlinda mendirikan rumahtangga pada 20 Disember tahun lalu, mereka jarang sekali menghabiskan masa bersama apatah lagi menjalani kehidupan sebagai suami isteri seperti pasangan lain.
Mana taknya, kedua-duanya terpaksa berjauhan memandangkan Puteri berkhidmat sebagai pramugari Saudi Arabian Airlines dan kini menetap di Jeddah.
Disebabkan itu, Aril dan Puteri hanya berhubung menggunakan telefon, Skype dan WhatsApp buat sementara waktu sebelum Puteri dipindahkan ke Malaysia.
Bagaimanapun beberapa hari lepas, pasangan yang memiliki rupa paras seiras ini diberi peluang untuk berbulan madu di Perth, Australia oleh program Romantika Astro.
Setiap kali melihat foto-foto yang dikongsikan mereka di Instagram, memang jelas terserlah kegembiraan di wajah Aril dan Puteri. Al-maklumlah, masih dalam mood pengantin baru lagi.
Apapun, kami terpikat melihat Puteri yang semakin manis sejak mengenakan tudung baru-baru ini. Sekali pandang nampak macam gadis Arab pula.
Buat semua pembaca OHBULAN!, jom lihat aktiviti menarik yang dilakukan oleh Aril dan Puteri sepanjang berada di Australia.