Masih ingat lagi pada kejadian dimana Sharnaaz Ahmad & Shila Amzah tersangkut didalam banjir kilat yang pada waktu itu melanda kawasan sekitar Kuala Lumpur?
Mereka berdua kemudiannya terpaksa berteduh diatas sebuah lori kerana air mula naik dan menenggelamkan kereta mereka.
Anda juga mungkin masih ingat dimana Shila mengucapkan “terima kasih cinta hati saya” dalam sebuah majlis anugerah. Namun, memori manis ini hanya akan menjadi kenangan mereka berdua kerana Sharnaaz Ahmad dikatakan benar-benar patah hati dan ambil keputusan untuk lupakan segalanya.
“Saya memilih untuk melupakan segala-galanya. Keputusan ini saya buat kerana saya rasa semakin hilang hormat kepada bapanya, ND Lala.” – sumber, Utusan Malaysia
Pelakon berbakat ini juga menegaskan selepas ini segala apa yang berlaku terhadap Shila dan keluarga bukan lagi menjadi urusan pada dirinya.
Kalau difikirkan, kesian juga pada Sharnaaz. Tapi apakan daya, izin ayah harus dipinta.