Semalam, sebuah akhbar tempatan mengatakan bahawa Sharnaaz Ahmad telah melakukan kekerasan terhadap seorang kru produksi ‘Darah Panas’ yang bernama Hafiz dengan mencengkam leher dan menolaknya ke dinding. Menurut laporan dari Berita Harian ini lagi, Sharnaaz turut disaman oleh pengarah filem, S. Baldev kerana lari dari set penggambaran sebelum tamat tarikh rasmi penggambaran.
Antara kenyataan kru produksi tersebut termasuklah mendakwa bahawa Sharnaaz bersikap kurang ajar serta memakinya dengan perkataan kasar dan menolaknya ke dinding sehingga sikunya luka terkena kayu. Puncanya adalah disebabkan kru produksi (Hafiz) sampai lambat ke lokasi penggambaran untuk mendapatkan tiga set pakaian.
“Pada hari berkenaan, pakaian terpaksa ditukar dan Hafiz (krew) mengambil masa sejam lebih mencari tiga set pakaian & lebih malang, ada peralatan kamera yang rosak.
“Sharnaaz ada beritahu mahu bertemu Shila Amzah kerana kekasihnya itu mahu ke China. Apabila Hafiz sampai, dia naik angin & menolak Hafiz ke tepi dinding & mengcengkam leher,” jelas S. Baldev, pengarah filem ‘Darah Panas’,” jelas S. Baldev.
Hafiz turut menambah “Dia cakap ‘kau ingat aku balaci kau, tunggu lama’. Saya minta maaf dan saya cakap saya beli pakaian. Tiba tiba, dia tolak saya & cengkam leher saya dengan tangannya. Tindakannya memang kurang ajar.
Namun, perkara ini dinafikan oleh Sharnaaz melalui kenyataannya di Kosmo! Online hari ini dan mengaku bahawa dia tidak menerima apa-apa surat dari pihak S.Baldev.
“Saya tidak terima apa-apa surat saman daripada dia (Baldev),” tegas Sharnaaz.
Sharnaaz yang juga kekasih kepada Shila Amzah turut menegaskan bahawa dia tidak takut terhadap isu ini.
“Berani kerana benar. Saya tidak cakap bahawa saya 100 peratus betul tetapi dia (Baldev) juga tiada hak untuk bercakap buruk dan bercakap fitnah mengenai saya,” jelasnya.
Ditanya sama ada dia ingin memohon maaf dalam media sepertimana yang diminta Baldev, tegas Sharnaaz: “Saya hanya memohon maaf kepada orang yang saya buat salah dengan dia sahaja.”