Kecoh di dada-dada media semalam, pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan pada 9 Julai tahun lalu ini akhirnya mengaku rumahtangga mereka sudah goyah.
Selebriti popular Abby Abadi melalui sebuah akhbar semalam memberitahu bahawa dia bakal memfailkan cerai terhadap suaminya, Farhan, hari ini.
Artikel Berkaitan : Abby Abadi Failkan Cerai Terhadap Farhan Esok
Namun, menerusi akhbar Harian Metro sebentar tadi, sumber mendedahkan bahawa lafaz cerai melalui sistem pesanan ringkas (SMS) telahpun berlaku antara mereka.
Abby ketika dihubungi oleh wartawan HM enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut
Untuk pengetahuan, perbicaraan kes cerainya dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar sedang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur lebih kurang jam 9 pagi tadi.
Apa pun, pada para peminat diluar sana, mari kita sama mendoakan Abby dan Farhan. Mungkin sekarang kita doakan mereka, tapi lepas ini, orang lain pula yang mendoakan kita. Siapa tahu, kan?
Latest Update
Abby Abadi memaklumkan kepada Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bahawa Muhammad Noor Farhan pernah melakukan dua kali lafaz cerai terhadapnya, termasuklah salah satu yang tidak dimaklumkan kepada mahkamah.
“Lafaz kali pertama itu tidak dibuat kepada saya tetapi dia memberitahu kepada seorang kenalan bahawa kami sudah bercerai dan apabila saya dimaklumkan mengenai perkara itu saya merujuk perkara berkenaan kepada bapa saudara suami di Kelantan untuk mengetahui sama ada ia sah atau pun tidak. Apabila diberitahu lafaz dibuat itu sah kami rujuk secara perbuatan tanpa melaporkannya kepada mahkamah.”
Terdahulu, Abby selaku plaintif memberitahu mahkamah bahawa Farhan telah menghantar mesej Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepadanya berbunyi “Aku ceraikan kau” dan diikuti “Mulai hari ini kau dah tiada apa-apa hubungan dengan aku” pada 9 Mei lalu.
Mendakwa bahawa suaminya tidak pulang ke rumah, mesej tersebut dihantar pada pukul 10.25 pagi selepas mereka berselisihan faham pada malam sebelumnya.
“Semasa saya terima SMS berkenaan saya berada di dalam kereta namun saya tidak ingat ada atau tidak membalas mesej itu untuk mendapatkan kepastian daripadanya.
“Kejadian berpunca selepas terdapat perselisihan faham yang berlarutan sehingga dia tidak balik rumah pada malam sebelum dia melafazkan cerai menerusi mesej.”
Susulan itu, Hakim Syarie Shaiful Azli terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai sehingga 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.
Sumber : Mstar Online