Petang semalam kecoh sebentar para peminat industri hiburan tempatan apabila pelakon popular, Nabila Huda dan anaknya, Keisha dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan di lebuhraya Karak.
Artikel berkaitan :
Berikutan kemalangan tersebut, Keisha dikatakan hanya mengalami keretakan di bahagian tangan kiri dan imbasan pada otaknya juga dilaporkan stabil.
Keisha bersama bapanya, Eddie
Memandangkan kemalangan itu turut melibatkan Keisha, maka bekas suami Nabila Huda iaitu Eddie dikatakan telah mengamuk di laman akaun sosialnya dan menyalahkan pemandu yang memandu kenderaan tersebut.
Keadaan Keisha stabil
Beberapa jam lalu, Eddie turut melahirkan rasa kesal apabila pelakon filem Juvana, Syazwan Zulkifli dikatakan langsung tidak menegurnya, sedangkan pelakon tersebut bertanggungjawab atas kemalangan yang berlaku.
Namun begitu, Syazwan telah membalas balik dengan mengatakan, dia tidak berapa mengenali Eddie dan meminta maaf atas segalanya.
Bagaimanapun, Keisha kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan akan dibenarkan pulang tengah hari nanti.
Untuk mereka yang ingin tahu bagaimana keadaan Keisha, jom lihat video serta beberapa foto di bawah.
Sumber : Twitter Eddie & Syazwan Zulkifli