berita

Tak Mahu Bersama Pekin Lagi, Uqasha Akui Kini Rapat Dengan Syafiq Kyle

May 29th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-05-28 at 11.32.18 PM

Its over okay!. Ha…nampaknya, rancangan Uqasha  Senrose dan Pekin Ibrahim untuk menamatkan zaman bujang mereka tahun ini akhirnya telah terlerai begitu sahaja.

Jika semalam Pekin telah membuat kenyataan bahawa dia tidak lagi mempunyai hubungan istimewa dengan Uqasha, hari ini tiba pula giliran pelakon cantik itu mengakui bahawa dia juga sudah tidak mahu bersama Pekin lagi.

Artikel Berkaitan: Memang Kami Dah Putus – Pekin

Menerusi laporan Mstar Online, Uqasha turut memberitahu bahawa dia kini sedang berkawan rapat dengan pelakon baru yang tidak kurang kacaknya, Syafiq Kyle. Wow! Pantas!

Screen Shot 2014-05-28 at 11.33.51 PMSyafiq Kyle ganti tempat Pekin sebagai kekasih Uqasha Senrose?

“Ya, saya memang berkawan dengan Syafiq Kyle dan boleh dikatakan dia antara kawan lelaki yang rapat dengan saya ketika ini. Saya selesa keluar dengan dia kerana kami boleh berborak-borak dan berkongsi masalah.

Kalau ada kelapangan kami juga selalu pergi ke mana-mana majlis bersama termasuklah dengan pelakon Syahrul Ridzwan.”

Terdahulu, Syafiq Kyle juga dikatakan pernah memuat naik gambar berpegangan tangan dengan Uqasha, namun foto tersebut telah pun dipadamkan.

“Saya tahu dia muat naik gambar kami dan selepas itu dia buang pula. Entahlah tak tahu kenapa. Mungkin dia takut dengan tekanan yang mungkin diterima.”

Bila diimbas semula, rasa kelakar pula dengan hubungan on-off Pekin dan Uqasha ini bukan? Umur masing-masing dah meningkat, tetapi bercinta kalah budak sekolah.

Apapun diharapkan agar mereka berdua ini sudah tetap hati dengan keputusan masing-masing dan memberikan fokus kepada karier lakonan. Jangan pula nanti sampai dianggap sebagai artis propa suka cari publisiti murahan dengan gosip percintaan. Ops!

Jom intai sikit Instagram Uqasha dan Syafiq. Mana tahu kot ada gambar hint ke?

Kredit foto : Instagram Syafiq Kyle & Uqasha Senrose

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×