Semalam Tasha Shilla ada berkongsi beberapa keping fotonya bertudung dan berjubah hitam di KL Sentral bersama Fizz Fairuz dan beberapa orang lagi.
Jika sebelum ini peminat pernah melihat Tasha bertudung, namun ianya sekadar memenuhi tuntutan kerja yang memerlukannya membawa watak wanita menutup aurat di dalam lakonan.
Bagaimanapun gambar yang dikongsikan semalam menarik perhatian kebanyakan pengikutnya di laman Instagram. Antara respon pertama yang diterima ialah pujian menggunung terhadap kecantikan pelakon tersebut yang berhijab dengan sempurna.
Namun bagi yang tertanya-tanya, penampilan Tasha semalam adalah bagi mempromosikan majlis Selawat Perdana yang bakal diadakan pada 21 Mac 2014 di Putrajaya.
Selain Tasha, terdapat beberapa orang lagi artis tempatan yang akan turut sama menyertai majlis itu antaranya Nabil, Fizz Fairuz, Bienda, Mawi, Dato’ Siti Nurhaliza dan ramai lagi.
Untuk pengetahuan anda, majlis yang turut dikenali sebagai Malam Cinta Allah & Rasul 1435H itu dijayakan oleh Shahrul Nasrun selaku Setiausaha Sekretariat. Sila layari laman Facebook Selawat Perdana untuk mengetahui sebarang maklumat lanjut mengenai program ini.