Jika semalam bapa Elfira, Ahmad Sabri Ariffin membuat kenyataan mengatakan dia sebagai bapa sudah tawar hati ketika majlis pertunangan anaknya dan Sufian Suhaimi, Oktober tahun lalu lagi. Malahan Ahmad Sabri mengakui dia sendiri sudah merasakan ada yang tidak kena dan merasakan hubungan itu tidak kekal lama.
Artikel berkaitan: ‘Ketika Majlis Bertunang Oktober Lalu Pun Sudah Tawar Hati’ – Bapa Elfira Loy
Terbaru, pengurus Sufian sendiri, Mahadhir Mohamad mendakwa perkara sebenar setelah isu ini berlarutan sejak sekian lama.
Pendapatan Sufian Suhaimi 2 show boleh selit setiap helai Quran
Mahadhir dalam pos Facebooknya memberi komen berkenaan saranan ibu Elfira yang meminta Sufian menabung RM20 sehari selama setahun bagi persediaan perkahwinannya itu sebagai tidak signifikan. Ini kerana menurutnya, pendapatan Sufian bagi 2 persembahan boleh diselitkan ke dalam setiap muka surat kitab suci itu.
Seperti perigi cari timba
Lelaki ini juga mendedahkan siapa Elfira yang sebenarnya yang mungkin tidak diketahui umum. Menurutnya, Elfiralah yang menyukai Sufian sehingga sanggup menelefon setiap hari selain mengikut ke mana sahaja penyanyi itu pergi tanpa mengira waktu.
Yang putuskan pertunangan emaknya
Ujar Mahadhir lagi, pertunangan Sufian-Elfira diputuskan oleh emak Elfira walaupun Elfira masih menyayangi Sufian. Tambahnya, ibu Elfira mengada-adakan cerita bagi menutup salah sendiri setelah dikecam netizen.
Sumber: Mahadhir Mohamad