Mesti ramai antara korang akan pergi mengundi di Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kan? Tak lama je lagi dah.. Kalau tak bulan ni, mungkin April, Mei atau Jun dan pastinya sebelum 14 Julai macam yang dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu program di Putrajaya baru-baru ni. Nervous tak?
Ada ke di antara korang yang berpengalaman mengundi sebelum ni? Kalau dah pernah mengundi, mesti biasa tengok perangai-perangai orang kat tempat mengundi. Ada yang resah sebab panas, beratur lama, sibuk berborak dan macam-macam lagi. Jom kita tengok sikit ragam-ragam pengundi ni, mana tau korang jumpa nanti!
1. Tak bawak kad pengenalan. Adui, paling penting tu!
Bila dah datang lambat, kad pengenalan pulak tak bawak! Sebabtu kena prepare awal-awal! Tak pasal-pasal tak boleh mengundi nanti! Tapi, kalau kad pengenalan hilang, korang kena report di Jabatan Pendaftaran Negara cepat-cepat dan dapatkan kad pengenalan baru atau sementara untuk proses mengundi…
Cuba check dompet kalau ada lesen memandu atau kad rasmi pengenalan diri yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang mengandungi nama, nombor Kad Pengenalan dan gambar korang, boleh guna jugak!
Nanti korang kena isi borang 11 dan PA atau kerani akan minta kebenaran KTM untuk melihat wajah pengundi dan bandingkan dengan gambar dalam dokumen yang dibawa pengundi. Tapi sebaik-baiknya bawak lah kad pengenalan okay! Siapkan awal-awal dan kalau kad pengenalan hilang, cepat-cepat buat baru!
2. Starstruck jumpa artis mengundi kat tempat korang
Guys, artis pun manusia dan rakyat Malaysia jugak jadi harus laksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Ni nampak artis bukan main excited, ye lah bukan selalu jumpa! Masa tu, barulah korang tau artis tu rupanya orang situ…
Apa lagi… Haruslah keluarkan telefon paling canggih korang yang dilengkapi ciri kamera yang boleh buat wajah flawless dan ambik gambar dengan artis tu! Lepastu upload dalam laman sosial dengan caption ‘Oh, dia ni orang kampung sini je rupanya!’ Hahaha! Chill lah guys…
3. Tak tau nak undi apa dan cara mengundi, dekat setengah jam berdiri kat situ!
Bila dah sampai tempat nak memangkah undi, terus blur tak tau nak undi apa sebab korang tak pernah ambik kisah pun pasal dunia politik! Cara nak mengundi pun tak tau, nak pangkah macam mana eh? Pangkah ke kena tick eh? Dekat setengah jam lah kat tempat mengundi tu, orang belakang dah resah menunggu kau ni!
Ni nak bagi tau, kalau korang tak faham cara mengundi, Ketua Tempat Mengundi (KTM) akan check macam mana keadaan korang, okay ke tak. KTM akan terangkan cara mengundi, nak pangkah bahagian mana satu dan macam-macam lagi lah supaya korang tak keras kat situ je!
4. Datang mengundi dengan pakaian macam nak pergi fashion show. Silap event ke ni?
Rasanya nak pergi mengundi je, apahal ada sorang dua ni pakai macam nak pergi fashion show? Dengan baju leret-leret, makeup tebal, bibir merah menyala! Cukuplah korang berpakaian sopan. Nanti KTM tengok wajah pengundi dan bandingkan dengan gambar dalam kad pengenalan, lain benor. Tak boleh mengundi pulak nanti!
Pakailah kasut, baju kemas dengan seluar panjang dan sikat rambut kemas-kemas. Jangan pakai selipar, seluar pendek dengan topi macam nak pergi memancing pulak!
5. Kaki Instagram dan segala laman sosial yang ada!
Nanti korang perhatikan antara gelagat pengundi, mesti ada sorang dua yang akan ambik gambar jari dengan dakwat biru lepas mengundi dan upload kat laman sosial. Lagi extreme, siap buat live update dah sampai tempat mengundi, cerita betapa ramainya orang kat situ dan ambik gambar setiap sudut yang ada…
Tapi, hati-hati korang jangan upload gambar waktu tengah pangkah undi dekat tempat mengundi. Fanatik sangat kan… Kantoilah korang undi apa nanti! Menyalahi undang-undang dan protokol mengundi tu, silap-silap boleh didakwa! Hati-hati ya guys!
6. Jenis yang berpengalaman, rileks je muka tenang tunggu giliran
Biasa yang jenis tenang ni dah 3-4 kali mengundi di Pilihan Raya. Diorang tau nak undi apa, macam mana proses mengundi dan apa yang patut serta tidak ketika mengundi. Kebanyakannya orang tua dan dewasa. Mereka tak kepoh, tenang tunggu giliran dan paling-paling akan say ‘Hi’ kat orang depan. Bagus jenis macam ni!
Walau banyak ragam, diorang turun mengundi. Korang?
Haa, walaupun diorang banyak perangai di hari mengundi, setidak-tidaknya diorang turun mengundi! Korang? Setakat berbalah kat media sosial je tak payahlah… Jomlah ramai-ramai turun mengundi. Jalankan tanggungjawab korang sebagai rakyat Malaysia. Sebab apa, kitalah penentu masa depan negara!