Setelah isu putus tunangnya kian reda, aktres Elfira Loy kembali menjadi bualan setelah foto fail tertulis namanya tersebar di laman sosial. Foto berkenaan dimuatnaik di Instagram Makcik Puaka itu didakwa berkait dengan notis muflis.
Elfira menerusi Instagramnya meluahkan isi hatinya berkenaan tindakan sesetengah pihak yang seakan cuba menjatuhkannya.
Kalau orang nak jatuhkan…
Menerusi pos IGnya, pelakon berkening tebal ini menyatakan apabila orang cuba menjatuhkan satu pihak lain, mereka kan cuba menggunakan pelbagai cara bagi meyakinkan orang supaya terpedaya dengan fitnah ditabur mereka. Elfira juga turut mempersoal kenapa perasaan baik ditolak tepi hanya kerana hasad dengki sesetengah pihak
Kalau orang nak jatuhkan orang lain dia akan usaha pelbagai cara yang believeable untuk membuat orang percaya kepada fitnah. Begitu yakin membentangkan kesalahan & kesilapan yang mungkin betul & salah.
Persoalannya, kenapa begitu murah hati membuang buang perasaan baik yang ada pada hati hanya kerana dengki? Bagaimana anda boleh begitu yakin yang dunia tidak akan berputar dan jatuh pada batang hidung sendiri.
Ujian datang untuk naikkan darjat disisi Tuhan
Ujar Elfira lagi, dia perlu berhati-hati kerana ujian boleh datang di masa yang tidak disangka-sangka. Ujian tersebut diberikan untuk mengajar manusia dan menaikkan darjat di sisi Pencipta.
Hidup ni kena sentiasa berpada-pada kerana ujian tidak pernah hadir pada saat kita duga. Kadang ia hadir untuk mengajar kita kadang ia hadir untuk menaikkan darjat kita disisNya.
Saya, macam biasa hanya mampu melihat dan tersenyum mendoakan yang terbaik. Kerana yang baik tidak datang pada lisan tapi pada perbuatan. Jadi lihat.
Sumber: Elfira Loy