Beberapa hari kecoh di laman sosial apabila peserta Masterchef UK, Zaleha Kadir Olpin disingkirkan dari rancangan realiti itu kerana rendang yang disediakannya tidak rangup. Komen yang diberikan juri pertandingan, John Torode itu membuatkan netizen bengang dan menyuarakan pandangan masing-masing.
Selepas hentaman diterimanya, komen balas dibuat John mengeruhkan keadaan sehingga membuatkan netizen bekerjasama melawan kembali chef itu.
Rendang asal Indonesia
John Torode kemudiannya membalas tweet netizen mengatakan masakan rendang berasal dari Indonesia dan gembira dengan keterujaan ditunjukkan seorang netizen. Pengguna Twitter sebelum itu mempertikai masakan ayam rendang boleh mempunyai tekstur garing.
Netizen nusantara bersatu
Tidak senang duduk dengan kenyataan John mengenai rendang crispy berkenaan, netizen Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei bersatu hati menentang ‘ideologi songsang’ berkenaan.
Rendang hak kami rakyat nusantara
Netizen di rantau ini mempertahankan hak mereka sebagai pemilik juadah itu dan ‘memberi amaran’ supaya persaudaraan yang terbina tidak dirobohkan dengan ideologi rendang rangup seperti yang didakwa John itu.
Cuba buat Indonesia-Malaysia bertelagah?
Petikan Masterchef UK yang timbulkan isu
"The chicken skin isn't crispy" ????
Dei mangkuk, what do you know actually know about rendang pic.twitter.com/rIv6RjT8XV
— Typical Malaysian (@TypicalMsian) April 2, 2018
Sumber: John Torode