Bukan trend fesyen yang digelar ” thepoplook ” malah ia sebenarnya merupakan satu laman web perniagaan pakaian secara online yang telah menjadi pilihan bagi selebriti cantik jelita Lisa Surihani. Jika dilihat pada penampilan Lisa pasti ada yang menjangkakan pakaian yang beliau gayakan adalah pakaian berjenama dan juga mahal. Akan tetapi sangkaan anda kurang tepat.
Lisa Surihani, Misha Omar, Sazzy Falak dan juga Aishah Sinclar merupakan empat orang selebriti yang sangat gemar membeli serta menggayakan pakaian dari butik online. Pada mereka pakaian yang dipakai tidaklah perlu berharga mahal atau berjenama sahaja malah biarlah ia nampak cantik dan bersesuaian pada tubuh badan serta penampilan mereka berempat.
Keselesaan dalam mengayakan pakaian dari butik online membuatkan mereka boleh dikatakan kerap kali mengayakan pakaian casual yang hanya dibeli dari butik online sahaja. Design yang ringkas serta nampak lebih santai menjadi pilihan selebriti-selebriti ini. Harga yang berpatutan juga antara sebab mengapa mereka memilih pembelian pakaian menerusi online.
Selain itu mereka tidak perlu meluangkan masa yang agak lama untuk keluar membeli pakaian dari butik yang sedia ada kerana dengan pembelian secara maya ini hanya berlaku dalam masa yang singkat sahaja. Ini sangat memudahkan lagi bagi para selebriti ini yang sentiasa sibuk dengan jadual pekerjaan mereka.
Kredit Foto : Thepoplook