Kecoh baru-baru ini tentang uniform yang dipakai Farid Kamil ketika melangsungkan majlis perkahwinannya bersama Diana Danielle pada 1 Disember lepas.
Bukan setakat disitu, ramai ahli keluarga tentera dan juga tentera sendiri mempersoalkan tentang uniform yang dipakai oleh Farid Kamil. Menerusi laporan mStar Online hari ini, pihak Angkatan Tentera Malaysia telah mengesahkan bahawa uniform yang dipakai Farid Kamil tidak menunjukkan mana-mana unit beruniform negara ini.
“Pada dasarnya baju, seluar dan topi dipakai Farid itu adalah pakaian anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala lencana pada bahunya adalah lambang mejar jeneral Tentera Darat.
“Lencana penerbangan di bahu kanan pula menggambarkan seseorang itu adalah anggota Tentera Udara.” – Pegawai Perhubungan Media, Unit Komunikasi Kementerian Pertahanan, Leftenan Komander Rahimah Taib.
Menurut Leftenan Komander Rahimah Taib lagi, pihak mereka tidak mempunyai masalah untuk membuat pertimbangan jika Farid membuat permohonan rasmi terlebih dahulu.
Walaubagaimana pun, pihak ATM tidak mengenakan apa-apa tindakan undang-undang terhadap Farid Kamil kerana uniform yang dikenakan bersifat cacamerba dan tidak menunjukkan mana-mana unit beruniform di negara ini. Hanya surat teguran yang akan dihantar kepada Farid supaya dia tidak mengulangi kesilapan ini lagi.
Berita lanjut di mStar Online.