Estee Lauder merupakan produk kecantikan yang tidak asing lagi di kalangan kaum wanita. Selebriti terkenal, Erra Fazira, turut menggemari produk tersebut terutamanya ‘Estee Lauder Double Wear Stay-in-Place Makeup.’
Menurut selebriti jelita ini, jika mahukan solekan yang ringkas dan tidak terlalu tebal, anda boleh campurkan sedikit ‘Advanced Night Repair’ ke dalam foundation harian.
Menerusi teksturnya yang sedikit melekit, produk tersebut mampu dijadikan sebagai serum terbaik dan memberikan kemasan solekan yang sempurna.
Berikut merupakan beberapa tips dan soal jawab berkaitan pemakaian produk Estee Lauder :
Adakah pemakaian foundation boleh menyebabkan liang pori tersumbat?
Jawapannya tidak! Secara umumnya, pemakaian foundation tidak akan menutup sebarang liang pori malah ia mampu menghalang kulit wajah daripada sebarang kesan pencemaran serta toksin.
Bagaimana untuk meratakan ‘liquid foundation’ pada wajah?
Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, anda digalakkan untuk guna berus atau span. Letakkan sedikit foundation pada tapak tangan dan aplikasikannya di bahagian wajah secara sedikit demi sedikit. Elak gunakan foundation yang terlalu berlebihan dan aplikasikannya secara gerakan menurun supaya solekan anda kelihatan kemas dan menarik.
Bagaimana untuk pastikan foundation kekal sepanjang hari?
Sebelum menggunakan foundation, aplikasikan produk ‘Estee Lauder Matte Perfecting Primer.’ Produk asas ini mampu mengawal pengeluaran minyak berlebihan pada wajah serta mengurangkan pembukaan liang pori, garisan halus dan ketidaksempurnaan wajah. Sebagai cara alternatif, anda juga boleh menggunakan ‘Estee Lauder Double Wear Stay’ dalam solekan kerana ia mampu mengekalkan solekan hingga 15 jam, bersesuian dengan cuaca di Malaysia.
Apakah cara terbaik untuk menanggalkan foundation pada wajah?
Cara terbaik untuk menanggalkan foundation pada wajah adalah dengan menggunakan sapuan ‘Estee Lauder Take It Away Gentle Cleansing Oil’ atau susu. Menerusi produk ini, anda perlu gunakan hujung jari dan aplikasikannya secara gerakan memusing atau membulat. Jika pakai foundation yang agak tebal, biarkan wajah anda buat seketik, seterusnya bersihkan wajah dengan kapas lembut dan bilas sebanyak dua kali.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh layari www.esteelauder.my/doublewear.