Sambutan Aidilfitri akan menjelang tidak lama lagi. Pastinya ketika ini ramai individu sedang membuat persediaan yang rapi untuk menyambut perayaan tersebut.
Selain persediaan dari segi pakaian, padanan aksesori turut penting bagi menonjolkan lagi penampilan si gadis di pagi lebaran. Oleh itu, pihak OHBULAN! ingin berkongsi beberapa variasi kasut yang menarik bagi dijadikan pilihan si gadis di pagi lebaran nanti.
Kasut wedges ini kelihatan sungguh unik dengan corak bermotifkan nota-nota muzik di bahagian tumitnya. Padanan rona hitam dan coklet cerah merupakan paduan rona asas yang ideal. Kasut ini amat sesuai bagi individu yang ingin tampil cantik dan anggun di pagi lebaran.
Kasut berupa but ini kelihatan sangat elegan dan menarik. Bahagian atasnya yang diperbuat daripada kulit mampu menyuntik eleman mewah buat si pemakai. Kasut ini amat sesuai bagi individu yang ingin tampil berbeza dengan gaya yang lebih fashionable.
Kasut rona biru baldu ini kelihatan sungguh cantik dan mempesonakan. Ronanya yang menarik, mampu memikat hati sesiapa sahaja yang ingin tampil bergaya di pagi lebaran. Kasut ini amat sesuai bagi individu yang ingin tampil ranggi tetapi tetap kelihatan sopan.
Kasut wedges yang bermotifkan ular sawa ini kelihatan sungguh unik dan menarik. Kombinasi rona biru metalik dan coklat mampu menonjolkan lagi personaliti si pemakai.
Kasut wedges daripada rona ‘baldu grey’ ini kelihatan sangat menarik dengan padanan highlight garisan hijau. Walaupun kasut ini kelihatan ringkas, tetapi ia tetap menarik dengan padanan highlight hijau yang mampu menonjolkan eleman anggun dan pesona si pemakai.
Kredit Foto : Style.com