Hari ini merupakan hari pertama dimana wakil rakyat dari semua parti politik masuk ke Parlimen bagi menjalankan proses angkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat sidang Parlimen ke-14. Suasana di Parlimen menjadi kecoh apabila kelihatan semua ahli Parlimen pembangkang BN dan PAS keluar dewan sebagai tanda protes ke atas pelantikan Speaker Dewan Rakyat baharu, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.
Namun, masih kelihatan YB Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Anifah Aman masih setia di kerusi masing-masing walaupun sudah dipujuk keluar dari dewan oleh ahli UMNO yang lain.
Sudah dipujuk untuk keluar dewan tapi…
https://www.facebook.com/akobpro/posts/10204673376110078
Video berdurasi 1:40 saat ini menyaksikan ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan kerana tidak bersetuju dengan pelantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof oleh Tun Dr Mahathir dan turut disokong oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah.
Mereka keluar tanda protes
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq juga mengulas keadaan ini di laman Twitter rasminya. Rata-rata netizen memuji sikap dan disiplin yang ditunjukkan Ahli Parlimen Rembau itu.
Perlu ditangguhkan 14 hari
Bagaimanapun, Datuk Seri Azalina Othman menyifatkan prosedur pelantikan jawatan berkenaan umpama ‘akad dan nikah’ yang perlu dilaksanakan dalam tempoh 14 hari sebelum Parlimen bersidang.
Kita tidak mahu ada tanggapan bahawa bekas hakim, Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff gagal baca peraturan, malah persoalan di sini kenapa masukkan nama ‘last minute’. Kalau dulu mereka (kini kerajaan) bersemangat nak tegakkan kebenaran dan kepentingan mengikut peraturan, mengapa sekarang bertindak sebaliknya?. Oleh yang demikian, adalah lebih baik Parlimen ditangguhkan selama 14 hari bagi memberi laluan prosedur pelantikan Speaker Dewan Rakyat dilaksana secara sah.
Tabik KJ!
Sumber: Syed Saddiq