Bagi mereka yang mengikut perkembangan usahawan kosmetik Sajat, sudah tentu mengetahui bidang bisnes terbarunya adalah perniagaan barangan kemas. Makin gigih nampaknya Sajat walaupun dilanda pelbagai isu panas sejak akhir-akhir ini.
Salah satu cara promosi dan pemasaran Sajat adalah melalui video viral di media sosial. Tidak terkecuali bagi produk kali ini. Namun, tidak diketahui disengajakan atau tidak, terdapat sesuatu yang pelik mengenai satu video iklan barang kemas itu.
Video yang menampilkan salah seorang staf Sajat itu menjadi perhatian netizen apabila jarinya kebiru-biruan mungkin kerana cincin terlalu ketat. Namun dia tetap petah berkongsi info mengenai cincin dan gelang ‘koko’ yang dipakai tanpa tanda-tanda tidak selesa.
Kot ya pun sis…
Cabut cincin tu wei
Dah boleh bayang suara jantan nak cabut cincin
Saiz 19 tu kira besar bapak
Gelang koko tak ada saiz laki
Sumber: Minaxzaini