Mungkin agak keterlaluan apabila kami membandingkan kedua selebriti ini. Tapi, adakah anda perasan bahawa Elfira Loy, 18, dan Julia Perez, 32, mempunyai paras wajah yang hampir serupa?
Melalui pemerhatian OHBULAN!, bulu kening dan juga potongan rambut kedua selebriti ini hampir sama. Jika dilihat dari bentuk senyuman mereka, memang saling tak tumpah. Cuma, perkara yang memang dan mungkin tidak akan serupa ialah potongan badan mereka berdua. Ya, yang itu.
Bagi OHBULAN!, walaupun kedua mereka mempunyai paras wajah yang hampir serupa, namun wajah Elfira lebih lembut dan tenang bila dipandang. Ini cuma pendapat OHBULAN!, tak tahu pula bagaimana dengan anda.
Terbaru, Elfira Loy bakal muncul dalam rancangan Fear Factor Selebriti Malaysia yang akan disiarkan penghujung Disember 2012. Manakala, Julia Perez pula melalui sebuah blog hiburan tempatan dilaporkan bakal muncul dalam filem arahan Murali Abdullah berjudul ‘Sumpahan Malam Pertama’.
Lupakan sebentar segala gosip mengenai kedua pelakon ini. Jika disuruh pilih, siapakah yang akan menjadi pilihan anda? Dan apa pula komen anda sebagai pembaca?
[poll id=”62″]
P/s : Bukan senang nak cari gambar Jupe yang senonoh.